Wednesday, August 26, 2009

:: Hukuman rotan syariah tidak melukakan ::



komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

>dipetik dari:http://www.malaysiakini.com

:: Ramadhan Yg Dirindui Menjelma lagi...::


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam kepada semua yang singgah di blog saya..sekarang ni tengah sibuk menguruskan rutin harian sebagai seorang student kampus dan juga sebagai muslimah yang sedang berpuasa! Alhamdulillah Maha Suci Allah, dengan limpah kurnia usia, Dia memberi kesempatan yang paling bernilai untuk Menghadapi Ramadhan Yang Barakah bagi kali ini...
Peringatan untuk diri dan rakan-rakan semua...jangan buang masa dengan benda2 yang tidak berfaedah di mata Allah, tetapi aturkan lah hidup sepanjang bulan Mulia ini dengan aktiviti yang sangat Bernilai di mata Allah!..Insy'Allah Barakallahu lakum!=)

Thursday, August 20, 2009

:: Seludup dadah RM200,000 dalam al-Quran ::



Kosmo Online-21 Ogos 2009
JAKARTA - Tindakan biadap dua rakyat Indonesia cuba menyeludup masuk heroin dari Kemboja di dalam sebuah al-Quran mendapat balasan setimpal apabila mereka dicekup pihak berkuasa.

Kitab suci itu tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, di sini pada Selasa lalu menerusi penghantaran mel ekspres.

Namun, beberapa pegawai kastam mula curiga apabila pemeriksaan rutin sinar-X mendapati terdapat beberapa lubang pada kitab suci berkenaan.

"Mereka menyembunyikan empat plastik kecil heroin dalam lubang-lubang yang ditebuk pada al-Quran," kata seorang jurucakap kastam, Evy Suhartantyo.

Menurutnya, nilai rampasan tersebut dianggarkan mencecah Rp600 juta (RM211,740).

Indonesia menguatkuasakan undang-undang narkotik yang tegas di mana pengedar dadah boleh dihukum mati sekiranya didapati bersalah - AFP

Saturday, August 15, 2009

:: Solat Berjamaah Imbangi Cas Dalam Badan ::

Oleh Ibrahim Abdullah

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama..

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam

::Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani ::

Saya ucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Asri Rabbani, serta sahabat2 Rabbani yang lain, diatas pemergian tokoh Nasyid yang berjiwa besar, Ustaz Asri..
Dunia Nasyid memang terkejut diatas pemergian beliau tetapi Keredhaan Allah lebih Utama..Walaupun beliau pergi dahulu daripada kita, Perjuangan dakwah nasyid tetap diteruskan!!! Hidup Nasyid!!!
-Pergi Tak Kembali-

Saturday, August 8, 2009

:: ESQ 165 ::


Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Program


Saya ingin mewar-warkan kepada semua pengunjung blog saya mengenai program motivation training..memang best..gerenti sape yang kuar program ini akan jd manusia..(haha)
maksudnya saya nak sarankan disini program ini wlpun yurannya mahal, tetapi amat best..modul2 yang digunakan memang berkesan dan power!..wlpun sy blum sempat mengikuti program ini tapi ada peluang nnti sy akan pastikan sy pon masuk gak..
pada yang student tak mahal pun..cuma rm440 jew..(ni bwh iluvislam.com)
kalo org luar rm1380..apa lagi..grab this opportunity!!!

Boikot Bermusim???



**Kelmarin saya pergi shop di mahallah atau hostel saya, untuk membeli sedikit barang keperluan..kemudian tengah tengok2 barang kat kedai, saya terserempak kenalan lama, apalagi bertukar2lah khabar berita, sambil dia memilih barang lalu bertanya, knape semua barang2 kat sini barang2 boikot eh??? And then dia sambung, Boikot ni bermusim je eh?..bila dah reda skit hal keganasan israel n sekutunya Si Amerika tu pada Palestin, Boikot pon reda lah...

**Orang pon dah mula beli balik semua barang2 boikot ni..dah hilang rase marah, semangat jihad tu kemana perginya....bukan ke boikot barangan ni adalah untuk selamanya??? dan kenape eh org shop(tokei shop) ni takder kesedaran langsung pasal benda ni..ape pikir untung sendiri je ke..atau dah takder produk muslim tempatan yang halal bleh replace produk2 laknat dorang yang shubhah ni??? (time tu kami dah kuar dari kedai lah =), saya dan dia tak jadi beli ape barang pon)....

**Dia menyambung lagi, bnyak je syarikat2 melayu n Muslim yang dah keluarkan produk keperluan untuk replace produk2 dari luar...kan lebih baik kita consume barangan buatan tempatan, Muslim dan bumiputera lagi tu..
-saya hanya mendengar dgn penuh hiba...TT
betapa kesalnya dlm hati ni dengan kelemahan org kita...

**persoalan di sini- kenapa orang muslim kita hanya tahu membeli, mengguna tetapi tak mahu mencipta sesuatu yang boleh membersihkan nama n menaikkan martabat Islam yang bukan agama yang ditindas tapi agama yang syumul, Kuasa yang besar, Besar lagi dari Barat...????

**kita tahu setiap pembelian kita, duit tu akan disalurkan kemana???siapa yang akan menerima pelaburan kita??? diluar bukan main boikot sane sini..dengan penuh emosi sampai tak terkawal lagi..tapi kenapa kita masih lagi consume dengan megahnya Produk2 mereka...???(seperti dlm gambar diatas)

**Apakah tindakkan kita selanjutnya...terus berdiam diri kononnya ini adalah cara yang paling selamat??? Fikir2kanlah...kalau kita susah nak tinggalkan produk mereka, renungkanlah kembali kandungan produk tu...mungkin ada kandungan perkara2 yg shubhah yang kita tak tahu..mungkin sebab itu lah hati kita pun tertutup untuk bangkit menentang mereka!!!....

**ingat setiap makanan yang kita ambil akn jadi darah daging kita..kalu baik makanan tu, maka baik lah daging n hati kita...kalu kotor makanan tu..hmmm paham2 lah ape jadinya...jangan persalahkan adik2 n saudara2 kita yang terlibat dengan masalah sosial yang serius di luar..kita pikir lah sendiri knape jadi mcmtu???

**berapa ramai lagi anak2 kecil saudara kita kat luar sane kita nak bunuh????
atau bila sampai mase kita plak , baru timbul kesedaran??? nauzubillah min zalik..

***renung2kan dan selamat beramal***
(minta mf prof izi, pinjam trademark jap..huhu)

Monday, August 3, 2009

Pengajaran yang paling berguna

setiap manusia dianugerahkan dengan 'aqal yang sangat berguna, membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Manusia pada fitrahnya terbahagi kepada jiwa(soul) dan fizikal (physical). Dengan anugerah 'aqal ini kita dapat berfikir tentang kejadian di sekeliling kita. Renungkanlah kembali tujuan asal kita diciptakan. Orang yang bijak adalah orang yang berfikir melalui rasionaliti dan diharmonikan dengan virtue(nilai2 murni) dalam kehidupan. Ini kerana tugas kita adalah sentiasa berfikir, berfikir dan berfikir, kemudian mengagungi setiap kejadian yang diciptakan dari Pencipta yang Maha Esa-Dialah yang tiada permulaan dan Akhiran- lantas mengimarahkan bumi ini dengan nur-KasihNya, Menegah yang Batil dan Menegakkan yang Kebenaran!

Jangan Lupa tanggungjawab kita kawan-kawan!