Tuesday, October 27, 2009

::postponed::


Kisah meow sy akan 'ditangguhkan' sehingga saya habis exam final sem ini...huhu..agak bz ngan aktiviti kampus ngn study performance... Wish Me All The Best!!!~~~ tired already~~~(+_~)~~~~~

Thursday, October 15, 2009

"sape sayang meow angkat tangan...!!!"



"sape sayang meow angkat tangan...!!!"

......................................................................................

Time cuti sekolah waktu yang paling syok..nak main kucing punye pasal…sanggup g kedai jauh2 semata-mata nak belikan makanan kucing dia..dahla mahal..harga sardine tin pon tak semahal harga sardine tin dia..heheehe..

Kami adik beradik (saya dan adik laki) sanggup bela kucing yang dia jumpa (kesian) tapi pengalaman kami memang agak payah la bela kucing ni…bukan semudah yang disangka..yang paling sukar sekali bab2 toiletries depa ni..memang menguji kesabaran betol lah…nak dijadikan cerita kami pernah pakaikan pampers adik kami..(hahaha) sebab mase tu tompok(our 1st cat generation) asyik buang air besar je tak kira wktu dan tempat…time tu dia sakit perut yang amat. Kami tak tahu nak wat cmane..takkan kami nak sapu minyak angin kot..habislah menggelupur dia kang..huhuhu

Jadi kami trpaksa berjaga-jaga je anytime dia tunjukan reaksi nak ‘melepas’, kitorang berkejar carikan tanah untuk dia..(hahaa…kelakar tol) sampai malam pon kitorang jaga dia gak..

Esok..bangun2 jew…alamak…….!!!!!!! Banyaknya khazanah tompok!...

Sedihnya, kami kena warning banyak kali ngan abah(dia tak suka kucing..dulu lah..sekrg dia plak yang menggila kucing..wahaha) sebb umah kami habis bau najis kucing…kami asyik sibuk buang najis kucing je..sampai nangis2 tau..(sebab pressure kna marah)

Bila tompok makin besar, dia dah tak wt banyak hal, tpi dia ni memang nakal dan lasak (nme pon kucing..) betul…dahla betina plak tu..dia banyak sangat wat aksi comel dan menggedik depan kami…alahai..rindu plak kat dia..

Ada satu mase tu dia buat cubaan berani tolong kitorang padamkan lilin sebab time tu dah da sambungan electric balik kat umah…fuh…terkejut beruk kami..usia dia dlm lingkungan setahun je time tu..tapi dia dah pandai membantu..hehehe..

kami cepat2 tengok kaki kanan dia takut melecur..

memang betul pun melecur cikit..!

tapi yang best tu dia leh wt bodo je..macam takder langsung rasa sakit..haha.(agaknya dia wat depan kami je kot, belakang mesti dia dah nangis tahan sakit…huhu)

tompok memang Hero!!!!

Tompok pernah kna ngorat depan2 kami tau..time tu kami tolong mak bersihkan laman rumah..kami pon tengok lah reaksi dia..waahh,..garang betol..habis lari semua jejaka macho tak jdi ngorat dia..hahaha

Kiranye tompok ni memang berjaya takluk jajahan dia(sekitar umah kami je pon) takder kucing mane yang berani masuk kawasan umah kami( territory dia) asal ada yang cuba nak masuk je msti lari balik sebb tompok jaga pintu pagar umah kami…wakaka !


......to be continued.....=)

……………………………………………………………………........................................................

::sotong kering lebih merbahaya daripada merokok::

Ramai yang suka makan sotong kering kan..wat sambal sotong dan ada lagi sotong yg dh dikering yang ditabur gula tuhkan..amboi! terliur bila bayangkan sedapnya........! tapi tahukah kalian semua sebenarnya makan banyak sotong kering ni lebih bahaya daripada merokok dan mengakibatkan kanser!!!
.......................................................................................
..................................

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat. "Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. ........................................................................................................................................................................

> pehni tok sah la beli dah eh....jga kesihatan ni lagi penting...
> sotong oh sotong....uiks...jangan jadi sutun sudah!!!
>dah xminat sotong pon.....=)

Tuesday, October 13, 2009

::Bangga dengan Nik Nor Ermiza! ::


“Saya mahu bantu keluarga di kampung, ini saja harta yang saya ada untuk membalas jasa kedua ibu bapa.”

Itulah kata-kata graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Nik Nor Ermiza Rozana Mustafa, 27, selepas menerima Anugerah Khas, Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.

Dilahirkan cacat dan dalam kedaifan bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan. Namun itu tidak pernah melemahkan semangat Nik, anak seorang petani dari Kampung Gong Pak Mentosa, Besut, Terengganu.

Anak sulung enam beradik yang dilahirkan dengan Osteogenesis imperfecta (penyakit kerapuhan tulang) bersyukur usaha keras selama lima tahun akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Bercita-cita untuk menjadi Penasihat Undang-Undang suatu hari nanti, Nik kini memulakan program ijazah berkembar dalam bidang syariah sejak Julai lalu.

Rakannya yang turut menerima anugerah sama, Syarifah Mohamad Aminallah (masalah serebrum palsi) pula adalah anak peneroka Felda di Felda Jengka 19, Temerloh Pahang. Syarifah yang pernah menerima Anugerah Tan Sri Khir Johari atas kecemerlangan akademik kini bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Syukur insan seperti kami tidak pernah dipinggirkan di sini, malah UIAM sepatutnya dijadikan teladan sebagai antara institusi pengajian tinggi yang mesra OKU,”

Sementara itu Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Mastura Mat Rosly (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) yang juga menerima Hadiah Presiden, manakala Anugerah Pelajaran Diraja diberikan kepada Norliyana Mazli (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) dan Rabiatul Adawiah Abd Rahman (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang).

Ihsan dari: Berita Harian dan IIUM blogger.com

.........................................................................................................................................................................

> Kagum dengn sist ermiza, salu terserempak dia kat library..

>Lagi kagum dengan kawan dia yang sanggup jdi peneman dia ke mana je..bantu dia tuntun kerusi roda khas

>kurang senang dengan sikap sebahagian kita yang tak nak mudahkan golongan OKU, nak tolong pon serba salah....=(

>Library UIA kna tingkatkan kemudahan untuk golongan OKU, jd mereka tak lah rase terpinggir sebaliknya bangga untuk study same2 dengan kawan2 yang len....=)


::'UIAM wajar diiktiraf IPT Islam terkemuka'::

GOMBAK: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, bertitah sudah tiba masanya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilihat sebagai antara institusi pengajian tinggi paling terkemuka di dunia khususnya di kalangan negara Islam berdasarkan kejayaan cemerlang penuntut tempatan dan juga antarabangsanya.

Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM bertitah, pengiktirafan itu penting bagi menghargai usaha keras warga kerja dan pelajar terhadap pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin ummah ke arah kemajuan dan kemakmuran.

"Ia juga mencerminkan keinginan masyarakat Malaysia dan Islam antarabangsa untuk menumpukan perhatian serius, bukan saja kepada agama Islam tetapi juga segala bidang ilmu dan tamadun yang dibangunkan.


"Bersesuaian usia UIAM yang sudah wujud sejak 26 tahun lalu, bukan saja kurikulumnya unik dan bersifat integrasi diperkenalkan, malah pihak universiti secara konsisten cuba memberi penekanan kepada peranan Islam dalam pendidikan yang mana agama harus dipersembahkan dalam bentuk relevan dan intelektual, bersesuaian dengan keperluan masyarakat kontemporari.

"Ketika UIAM merentas jalan ke arah dunia tanpa sempadan, kampus UIAM sering dijadikan rujukan dengan kebanjiran pelajar lebih 100 negara di serata dunia. Jumlah pelajar antarabangsa kini mencecah angka 4,300 orang, iaitu mewakili 22 peratus daripada keseluruhan populasi universiti," titah baginda ketika menyempurnakan majlis Konvokesyen Ke-25 UIAM di Gombak, di sini, semalam.

Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan ijazah dan sarjana kepada lebih 500 graduan.

Titah baginda, beliau berasakan sudah sampai masa masyarakat menghargai usaha warga kerja dan pelajar serta mengiktiraf sumbangan mereka ke arah pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin ummah.

"Beta berbangga peranan UIAM mempromosi dan menyokong agenda transformasi membabitkan Ummah Muslim, di mana akademik dan program pembangunan di UIAM menyediakan platform bagi menyemai pelajar ke arah menjadi pekerja yang sedia menabur bakti, membalas jasa dan berjiwa pemimpin demi agama, bangsa dan negara," titah baginda.

...............................................................................................................................................................

> Bangga dengan pencapaian university sendiri...
>Impian untuk lihat university setanding dengan university Al-Azhar, Mesir...

Ihsan dari: Berita Harian dan IIUM Blogger.com

Saturday, October 10, 2009

:: ConVest 2009 ::

Together we strive for the excellence

invitation for all friends and blogger to join us!

25th IIUM CONVOCATION FIESTA
8-13 OCT
OBER 2009
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
GOMBAK