Saturday, December 12, 2009

:: rona-rona kehidupan ::

Rasa syukur ku panjatkan kepadaNYA, Al-Malik kepada sekian isi alam ini..yang meniupkan roh dan penyubur kepada hidupan...segala kesenangan dan kesusahan yg diterima adalah anugerah terindah dari-NYA, sebagai jambatan untuk ke lapangan destinasi impian(syurga) yang bersifat hakiki. Kesusahan bagiku adalah tarbiah untuk mendekatkan ruhku denganNYA..

bermula semester baru dan yang terakhir sebelum aku menamatkan pengajian adalah ujian paling getir bagiku, mana tidaknya..awal2 semester lagi aku dah dapat kesusahan yang bertimpa2...Tetapi bagiku, itu semua adalah tarbiah, aku percaya yang aku ni adalah manusia hebat sebagaimana yang lain...punya kehebatan disebalik kelemahan untuk keseimbangan ruhaniah dan jasmaniah sepertimana menghuni dalam setiap diri manusia..

siapa kata yang mengaji bidang agama selamat, tenang dan terjamin sepenuhnya???
orang mengaji bidang agama memikul tugas paling berat , tak kira siapa; lelaki atau wanita..serius...sangat2 berat...kita tahu kehidupan semakin hari corrupt dan banyak penindasan berlaku sana-sini, jika kita tidak mantap ilmu agama, iaitu ilmu yang paling asas; disini sy ingin tekankan bahawa sepatutnya semua muslim perlu master dalam bidang agama, kerana agama adalah tunjang dan pasak untuk seluruh kehidupan...
apa2pun, aku berharap kesetiaanku tetap dan kekal hanya pada yang satu...diberikan kekuatan dalam apa jua situasi mendatang..apa yang sedang dilalui adalah pelajaran dan pengalaman yang paling berharga....whats the point of living adalah focus paling utama....

so, cahayook..!...=)