Thursday, June 2, 2011

:: Musim menukar status! ::



Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma fi khair! sapaan seorang teman kepada pengantin sambil berpeluk mesra dan erat. Alangkah indahnya suasana sebegitu, terasa sedih dan terharu dek fenomena pernikahan yang sememangnya barakah dan mawaddah itu. Keayuan pengantin makin terserlah meskipun tidak mengenakan sebarang makeup! Subhanallah, aku sangat terpesona dengan keindahan majlis yang sungguh sederhana tetapi penuh dengan keberkatan...
Terdetik dalam hati untuk melangsungkan pernikahan sebegitu...=)

Ya! nikah itu adalah suatu ibadah dan sebahagian dari sunnah Rasulullah s.a.w yang tercinta. Malahan Nabi memberi amaran keras lagi siapa yang menolak untuk bernikah, dia bukan sebahagian dari umatnya.. Nauzubillahi min zalik!!

Jemputan majlis perkahwinan yang berderet2 sejak akhir tahun lepas hingga hujung tahun ini agak menyesakkan hatiku...aduhh...
Dah tua ke usia ku ini..rase baru awal 20an lagi..
tak sedar yang diriku dah mencecah pertengahan 20an!
oooo...patutlah....
Jadi apa yang perlu aku lakukan?....

Mungkin tahun depan giliranku mengakhiri zaman bujangku..atau tahun2 hadapan lagi..
Insya Allah, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..

Kepada teman2 yang dah 'booking' tarikh untuk majlis masing2
aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna
Yang penting carilah keberkatan dalam setiap perbuatan dan amalan..
Allah sentiasa bersama orang2 yang Beriman=)

:: My Princess ::


I have my own Princess tau!
Truely, aku sangat sayangkan princess ini dan kasihkan sangat2 ...huhu
bunyi macam anak sendiri pulak..tak delah my princess is my lovely cat~
gambar atas bukan my real princess tp yg bawah ni adelah yang real punye hehe..
tujuan aku letakkan post ni special ntuk dia, andai suatu hari nanti Allah tarik dia dari kami sekeluarga sperti terjadi pada manje 1, manje2, sehat, tompok, ayu dan len2, kami boleh playback her history dan sme kenangan indah bersamanya kekal dlm ingatan kami... Aku percaya dan yakin, Allah pinjamkan dia sekejap untuk menghiburkan hati kami disamping memberi peluang pahala sbyk mungkin dengan menyayanginya dan menjaganya ~ sebagai satu amanah darimu-Ya Allah~

Inilah anatara adegan2 Manje 3 kami
~Manje, perkenalkan diri ye~

Manje yg tido malu2 (ade jugak tido malu ye~muslimah =))


Nama diberi = Manja ,
oleh kerana mak angkat aku ni suka name manja..jadi dia letak lah nama aku manja jugak walaupon dah 2ekor kucing dia sblm ni dpanggil manje..haha~
aku tak tahu ape asal name aku..Mak ayah aku pon tak tahu sape
tp tak kesahlah...yang penting aku tahu siapa yang menciptakan aku..Allah Ya Rabb~
Usia= lebih kurang 2 bulan since aku dok kt umah mak angkat ni sejak baby lagi
Baka= tak pasti, tp nampak gaye aku ni kacukan melayu siam kot, sbb bulu aku tebal dan bulu pada ekor aku pon panjang dan lebat mcm sedara2 aku dari siam tuh~
Jantina= Betina, sbb tu lah kakak angkat aku paggil aku princess walaupon aku ni lasak tau langsung tak nampak 'keprincessan' haha~
anyway, aku happy berada dalam keluarga ini walaupon bukan untuk selamanya... Terima Kasih sme yang menjaga aku terutama abg angkat yang rajin main dengan aku dan kerana dialah aku menumpang teduh...Sorilh sape yg tercedera ke tercalar ke sbb men dgn aku agak kasor sikit tp im happy wif u all!...
Sekian terima kasih...~


snap gambar mase manja mengantok nak tido~

suka melakukan aksi yang merbahaya manje tgh panjat gril pintu blakang..dakhsyat wooo~



Sobb...sobb...sedihnya... pandai betul manje perkenalkan diri siap speaking omputeh lagi hehe~
So, Kami pon nak ucapkan terima kasih pada Manje yang sudi tumpang berteduh dan Kasih di umah kami,
Kami mgkin tak layak untuk jadi sekasih dan sepenyayang Abu Hurairah r.a yang mampu menjaga amanah Allah dengan baik..tapi kami cuba untuk jadi yang terbaik untuk kamu supaya di Akhirat nanti kamu boleh tolong kami kan..kan...~
~I love u and always love u Manje~


:: Apa yang aku suka buat.....::




Hobi Pertama

"Ribbon Brooch"


Inilah hobi terbaru yang sudah menular ke segenap hatiku
bila pakai brooch ni mase mengajar anak2ku, aku akan rasa yakin dan bersemangat
Aku harapkan satu hari nanti aku berpeluang untuk membuatnya sendiri Insya Allah
I love ribbon! ~(+,+)~



Hobi Kedua


Hobi kedua pula aku gemar mencuba resepi puding roti
gmbar di atas tu time puding tu belom mengeras lagi...
Beberapa cubaan telah dibuat dan ini adalah cubaan yang ke-3 (rasenya la) dan cubaan ini berjaya mencuri selera ramai orang..
antara yang aku suka ialah bila rakan2 sejawat memuji dan menilai hasil pembelajaranku. Berguru dengan kak ayuni (thanks to her) memang satu kenangan yang indah =)
Positifnya, aku makin semangat untuk mencuba resepi baru yeahh!
Lepas ini nak cuba pelbagai resepi untuk mengasah bakat memasak.
I like cooking!~(+.+)~

Wednesday, June 1, 2011

:: Hadiah paling bermakna> Jazakallahu Khairan Kathira Ya Muallimah!::


16 May 2011

Tahun pertamaku bergelar pendidik dan menyambut Hari Guru...
tanggal 27 May lalu adalah sambutan Hari Guru sekolah ku..
Sesuatu yang inginku kongsikan....
Begitu indah dan teruja sekali perasaan apabila diserbu dgn peminat2 kecil memberikan hadiah yang tidak henti2...hehehe
Lucu di fikirkan semula apabila aku tidak dapat menyudahkan makan pagiku dikantin sekolah bila anak2 muridku menyerbu diriku untuk memberikan apa yg dihajati mereka...

Sungguh comel dan ikhlas anak2 ini menghulurkan hadiahnya kepadaku...
berbagai2 bentuk dan jenis hadiah yang aku dapat...
Yang seronoknya semua hadiah adalah barang keperluanku sebagai seorang guru Ahamdulillah..
Namun, semua itu tidak dapat menandingi penghargaan sebenar mereka kepadaku...Terima kasih anak2ku....=)

Antara hadiah yang paling aku suka kerana tulus menyampaikan mesej dari hatinya menggunakan apa yg ada.

Teringat lagi, salah seorang anakku yang sangat 'special' kerana kekurangan dan sakit yng dihadapinya, meluru dan menerpa kearahku yang ingin menuruni tangga sambil berkata , " muallimah, ana nak bagi hadiah esok(jmaat, 2 May) pada muallimah , tapi ana tak tahu nak bg ape..ana tgh fikir ni...!" aku terasa malu dgn org sekeliling yang mula mngambil perhatian trhadap dialog anakku itu... lantas aku menjawab, " takpe, anta fikir dlu esok kita jumpa ye..." itu saja yang mampu kuucapkan.. Dalam hati terasa sebak dan sayu dengan anak itu.. Terlintas juga dihatinya untuk memberikanku hadiah walaupon jasaku bukanlah setinggi mana untuk dihargai dengan pemberian hadiah...

Namun apa pun yang aku terima adalah satu peniup semangat untukku terus menabur bakti dan menjadi pendidik yang cemerlang sehingga aku berjaya sampai taraf 'Murabbi' ..Insya'Allah...


Untuk anak2ku yang aku sangat sayangi dan kasihi.....
Jazakallahu khairan Kathira kpd antum yang telah memberikan hadiah kpd muallimah.
Muallimah tidak harapkan hadiah yang beraneka warna dan bentuk...cukuplah dengan kejayaan antum dan doa kesejahteraan, kemurahan rezeki untuk muallimah agar mampu menjadi murabbi kepada generasi Al-Amin Insya Allah.....

::Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu::


Benarlah kata2 guru2ku dan para ilmuan, ukhuwah itu tunjang kpd semangat perjuangan Haq dan manisnya rasa ukhuwah bila hati2 bertaut rasa sayang dan cinta tempiasan daripada Cinta yg Haq, iaitu pencipta ukhuwah , cinta, sayang dan rindu.

Pengalamanku menjadi pendidik selama 5bulan ini sudah cukup melunturkan kekerasan hati yg selama ini agak jauh dr ukhuwah fillah. Benar, bila masuk ke kepompong "islamization" dan "education" terus neuron2 otak ku tersusun rapi bergegas untuk mengetok hati ini dan segera menyambut salam mesra warga kepompong ini yg sgt kaya dengan kemurahan senyuman dan sapaan.

Pelbagai program yg disusun membuatkan aku rasa bersemangat dan yakin akn kejayaan untuk mencapai objektif dan matlamat Al-Amin. Apa yang boleh dikongsikan antaranya ialah KEM Perdana 2011 pada 28 & 29 May 2001 yg lalu..

Kem Perdana ini umpama keluarga besar al-amin dimana hampir 300 org murid dan 40 lebih orang guru telah terlibat. Apa yg menariknya ingin ku sentuh ialah roh ukhuwah, Cinta, Sayang dan rindu sesama warga Al-Amin hidup dan sangat berkesan dihatiku selama program ini berjalan.


aku yg sangat gemar memerhatikan keadaan dan membuat penilaian dalamanku ini sangat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu dan pengalaman mendidik anak2 hebat di Al-Amin. Selama pemerhatianku ini aku tak putus2 ucap syukur kerana diberi peluang merasai roh ukhuwah dan cinta Allah dan Rasul ini hidup di Al-Amin.

Tanggungjawab dan amanah yg diberikan kpdaku begitu mencabar fizikal dan mentalku. Dalam kotak fikiranku mampukah aku menjaga amanah Allah dan menggalas tanggungjwb dan tugas dengan baik disisi Allah? Redha dan sentiasa bersyukur dgn apa yg diberi menenangkan jiwaku selama 2 hari program ini dijalankan.


Anak2 Al-Amin yang hebat ini sungguh mengembirakan hatiku. Walaupon kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku mengeluh panjang dan mengomel kesal, tetapi keberkesanan ilmu dan dididikan disekolah dan rumah mampu memagari diri mereka dri diuji Allah dgn perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah Al-Amin.

Dikalangan guru2 pula, aku sngat menggemari sikap mereka yg sungguh mengambil berat akan rakan2 sejawat yg lain, dari sudut pandanganku...mereka ini tidak ubah seperti sebuah keluarga besar yg mane setiap "position" memainkan peranan dengan baik. Ibu, ummi, kak long, k.ngah, kak.cik, adik dan sbb. bermain dibibir muallimah2 yang ikhlas mengutuhkan lg tali kekeluargaan dan kemesraan sesama mereka. Masih jelas dalam ingatan bila kami sama2 makan 'colet' buah buahan yang dibawa oleh muallimah Nik Faridah yang tidak dpt bersama team camp. Sedapnya hingga menjilat jari(sebagai salah satu sunnah Rasulullah S.A.W). Alangkah lazatnya hidangan ringkas dan bertambah sedap bila dijamu bersama2 dalam jemaah. MasyaAllah....

Ukhuwah itu berlaku sepanjang masa dan dimana2 sahaja.
Aku merasai kemanisan ukhuwah bila berada disamping insan yang sentiasa murah dengan senyuman dan teguran mesra. Indahnya berada disampingnya bila kita merasa selesa untuk berkongsi 'feeling' dan 'emotion'. Bunyinya macam aneh, tetapi ape yang aku cuba sampaikan ialah ada juga insan yang tulus mencintai saudaranya dengan baik dan ikhlas. Bila berada bersamanya sangat selesa dan sentiasa berbunga ceria dengan gurauan dan jenaka.


Sokongan ukhuwah ini dperkuatkan dengan keterlibatan aku dalam usrah sekolah ini yang diketuai oleh Mlmh Hamidah Kamai. Dianggotai oleh kesemuanya guru2 baru, aku merasakan jiwaku sentiasa terisi dengan ilmu, tarbiah, peringatan, perkongsian dan keseronokan ber'usrah'.
Setiap hari isnin diawal waktu sessi persekolahanku akan berlakunya pengisian ilmu dan perkongsian ukhuwah dan tarbiah. Lama-kelamaan hatiku semakin selesa dalam kepompong Al-Amin.

Kalau beginliah caranya aku mendapat pengalaman, ilmu dan Tarbiah lahiriah dan ruhaniah... tergamakkah aku untuk melangkah keluar dari kepompong ini suatu hari nanti...?

oh..indahnya Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu.....