Saturday, February 18, 2012

:: BRIDE to BE... ::



Assalamua'alaikum... sudah lama menyepi di blog kesayangan sy ni... Bukan apa maklum lah kerja mendesak sy untuk off blog ni sampai lah segalanya hampir setel...(sebenarnya xpernah setel sampai hujung tahun.. dan rotate lah sampai kiamat..kikiki) ...tp alhamdulillah...segalanya penuh dengan hikmah yang sememangnya sudah ada ditanganNYA...
Allahu Rabbi.. Kau maha berkuasa menentukan perjalanan hidup hamba2 mu ... dan bg hamba2 yang berjalan di muka bumi dgn penuh hikmah dan sentiasa memuji kebesaranNya itulah yang Engkau kurniakan balasan nikmat ujian yang sangat manis untuk dirasai walapun pedih...

Tibalah masenya untuk sy nak 'announce' saya akan bakal menamatkan zaman bujang! huhu...sangat teruja tetapi penuh debaran fuhh... (lap peluh kecil hehe~)

Selama lebih 6 bulan buat preparation yang agak memeningkan dan memenatkan, tambahan dengan tugasan yang banyak di sekolah, cukup untuk buat sy demam sekali tiap2 bulan huhu...
hehehe~

Banyak barang kna beli. banyak duit yang dilaburkan... tetapi semuanya masih lagi under control.. sbb sme bnda yg dibeli boleh digunakan lepas kawen, so tak dalah rasa berat sangat. Alhamdulillah... Sentiasa memohon bantuan Allah untuk hindarkan dr pembaziran Ameen...

Dari hari ini => 2 weeks and 6days to go......

Menghitung hari lah pendek yang cakap... kalu si panjang yang cakap mahunya kelam-kabut... banyak benda lagi nak setelkan.. ingat senang ke nak kawen....
len lah tuan puteri diraja ke kerabat diraja ke... senang sme dok dpn mata tinggal pilih je (sambil jari telunjuk tunjuk mengada2 gituh aouch ) tetapi kalu tak lalui semua ini memang sangat rugi sebab kita boleh banyak belajar dar ape yang kita jumpa... perkara paling sukar bila berhadapan ialah.... 1) Cari tempat yang ada banyak pilihan barang2 kawen.
2) Atur jadual dan hari untuk kuar beli barang..aduh ni memang nk kna bercinta cr wktu.
3) Barang yang diidamkan tak dapat less price! ish rase nak mengamuk je...
4) Dah ada byk pilihan kelabu mata sudah..susah nk buatpilihan yang tepat.. tanye pendapat org lain.. terpulang pada sy adoii... garu pale wlpon xgatal hehehe~

Itulah serna serbinya masalah yang selalu melanda diri ini.. tapi apepun... setiap kali keluar nk beli brg memang kna fikir sehabis semasak(jgn sampai hangus) dan sebijak yang boleh... sebab itu jgn lupa pergantungan kita dengan Allah.. sbb dialah yang aturkan segalanya.. kesulitan itu adalah nikmat bg yang tahu hikmahnya dan redha dengan taqdir.. Jadi bila tgh shopping tu kalu dh tahu masuk wktu solat.. jgn buat2 leka plak.. pg solat mintak petunjuk dan sokongan dr Allah.. kemudian langkah keluar nk shopping balik bacalah.. Rabbi Yassir wala tu'assir.. Tawakkaltu 'ala llah.. la khaula wala kuwata illa billahi ll 'aliyill 'azimm... Ins'Allah Allah akn bersama kita.. Kalu xnampak jalaN, Dia akan bg tunjuk jalan yang kita sendiri xsedar depan mata je! hee

Okay, lepas ni nak kena sambung tugasan buat gift untuk kawan2 dan tetamu lain.. jadi pic is not available yet ya! just wait n see... Mudah2an cantik dan menjadilah apa yg sy buat kerana sme ini adalah niat sedekah dan perkongsian kegembiraan sy dengan kwn2, kaum kerabat keluarga sempena pemasyhuran Ikatan dua jiwa satu hati ini.. Ins'Allah....


Saturday, August 6, 2011

::Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1432::



Ramadhan menjelang lg......."
Sayup2 berkumandang lagu menyambut ketibaan Ramadhan yang dirindui kembali lagi tahun ini...
Ya..Allah terima kasih kerana mengizinkan ku bertemu dengan Ramadhanmu..bulan keberkatan..bulan kemuliaan ..bulan terbaaaiikk..dr seribu bulan yang lain...Allah...

Sebak rasa dada ku ini bila direnungkan perjalanan hidupku selama ini..sejauh mne penghayatan kita kepada Ramadhan mu Ya Allah..

Selalu terdetik dalam benak fikiranku,...adakah ini ramadhan yang terakhir?..... Benar kah yang diwar2 kan orang alim dan media supaya kta bersedia untuk menghadapi Ramadhan yang terakhir?.. Benarkah ini RAMADHAN YANG TERAKHIR? Benarkah 2012 tiada lg Ramadhan kerana dunia musnah ~ Kiamat??? Berputar2 kepala ku untuk menerima kenyataan ini... Ya Allah semua jawapan ada di tanganmu.. Benar atau tidak itu semua kuasaMU yang menentukannya.. Rabbul Izzati...

Sempena bulan keberkatan ini, Bersama kita penuhi masa dan hari kita dengan pengisian. Sediakan lah checklist Ramadhan dan kalau bleh tampallah di dinding. semoga setiap masa harian kita terisi dengan amal kebajikan dan semestinya ibadah kita pada ALLAH.

Alhamdulillah aku usaha untuk tidak sia2kn masa dan tenaga muda ku ini dengan membantu housemate membuat kueh raya untuk tempahan...
Sudah hampir 2 thn aku membantu dia mengusahakannya membuat kueh raya homade tau!
Suatu pengalaman yang susah untuk dilupakan...alhamdulillah...aku dapat memenuhi masa lapangku dengan kerja2 yang berfaedah.... bukan mudah untuk membuat kuih homade ni..memg payah.. Disini lah aku dapat mendidik sabar, istiqamah, rendah diri, tabah, kuat semangat, ukhuwah fillah dan lain2.. walau cmane pon buat kueh raya memang best! =D

Semoga dengan penambahan rezeki Allah dapat meningkatkan ketaqwaanku Insya 'Allah....

Thursday, June 2, 2011

:: Musim menukar status! ::



Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma fi khair! sapaan seorang teman kepada pengantin sambil berpeluk mesra dan erat. Alangkah indahnya suasana sebegitu, terasa sedih dan terharu dek fenomena pernikahan yang sememangnya barakah dan mawaddah itu. Keayuan pengantin makin terserlah meskipun tidak mengenakan sebarang makeup! Subhanallah, aku sangat terpesona dengan keindahan majlis yang sungguh sederhana tetapi penuh dengan keberkatan...
Terdetik dalam hati untuk melangsungkan pernikahan sebegitu...=)

Ya! nikah itu adalah suatu ibadah dan sebahagian dari sunnah Rasulullah s.a.w yang tercinta. Malahan Nabi memberi amaran keras lagi siapa yang menolak untuk bernikah, dia bukan sebahagian dari umatnya.. Nauzubillahi min zalik!!

Jemputan majlis perkahwinan yang berderet2 sejak akhir tahun lepas hingga hujung tahun ini agak menyesakkan hatiku...aduhh...
Dah tua ke usia ku ini..rase baru awal 20an lagi..
tak sedar yang diriku dah mencecah pertengahan 20an!
oooo...patutlah....
Jadi apa yang perlu aku lakukan?....

Mungkin tahun depan giliranku mengakhiri zaman bujangku..atau tahun2 hadapan lagi..
Insya Allah, kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan..

Kepada teman2 yang dah 'booking' tarikh untuk majlis masing2
aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna
Yang penting carilah keberkatan dalam setiap perbuatan dan amalan..
Allah sentiasa bersama orang2 yang Beriman=)

:: My Princess ::


I have my own Princess tau!
Truely, aku sangat sayangkan princess ini dan kasihkan sangat2 ...huhu
bunyi macam anak sendiri pulak..tak delah my princess is my lovely cat~
gambar atas bukan my real princess tp yg bawah ni adelah yang real punye hehe..
tujuan aku letakkan post ni special ntuk dia, andai suatu hari nanti Allah tarik dia dari kami sekeluarga sperti terjadi pada manje 1, manje2, sehat, tompok, ayu dan len2, kami boleh playback her history dan sme kenangan indah bersamanya kekal dlm ingatan kami... Aku percaya dan yakin, Allah pinjamkan dia sekejap untuk menghiburkan hati kami disamping memberi peluang pahala sbyk mungkin dengan menyayanginya dan menjaganya ~ sebagai satu amanah darimu-Ya Allah~

Inilah anatara adegan2 Manje 3 kami
~Manje, perkenalkan diri ye~

Manje yg tido malu2 (ade jugak tido malu ye~muslimah =))


Nama diberi = Manja ,
oleh kerana mak angkat aku ni suka name manja..jadi dia letak lah nama aku manja jugak walaupon dah 2ekor kucing dia sblm ni dpanggil manje..haha~
aku tak tahu ape asal name aku..Mak ayah aku pon tak tahu sape
tp tak kesahlah...yang penting aku tahu siapa yang menciptakan aku..Allah Ya Rabb~
Usia= lebih kurang 2 bulan since aku dok kt umah mak angkat ni sejak baby lagi
Baka= tak pasti, tp nampak gaye aku ni kacukan melayu siam kot, sbb bulu aku tebal dan bulu pada ekor aku pon panjang dan lebat mcm sedara2 aku dari siam tuh~
Jantina= Betina, sbb tu lah kakak angkat aku paggil aku princess walaupon aku ni lasak tau langsung tak nampak 'keprincessan' haha~
anyway, aku happy berada dalam keluarga ini walaupon bukan untuk selamanya... Terima Kasih sme yang menjaga aku terutama abg angkat yang rajin main dengan aku dan kerana dialah aku menumpang teduh...Sorilh sape yg tercedera ke tercalar ke sbb men dgn aku agak kasor sikit tp im happy wif u all!...
Sekian terima kasih...~


snap gambar mase manja mengantok nak tido~

suka melakukan aksi yang merbahaya manje tgh panjat gril pintu blakang..dakhsyat wooo~



Sobb...sobb...sedihnya... pandai betul manje perkenalkan diri siap speaking omputeh lagi hehe~
So, Kami pon nak ucapkan terima kasih pada Manje yang sudi tumpang berteduh dan Kasih di umah kami,
Kami mgkin tak layak untuk jadi sekasih dan sepenyayang Abu Hurairah r.a yang mampu menjaga amanah Allah dengan baik..tapi kami cuba untuk jadi yang terbaik untuk kamu supaya di Akhirat nanti kamu boleh tolong kami kan..kan...~
~I love u and always love u Manje~


:: Apa yang aku suka buat.....::




Hobi Pertama

"Ribbon Brooch"


Inilah hobi terbaru yang sudah menular ke segenap hatiku
bila pakai brooch ni mase mengajar anak2ku, aku akan rasa yakin dan bersemangat
Aku harapkan satu hari nanti aku berpeluang untuk membuatnya sendiri Insya Allah
I love ribbon! ~(+,+)~



Hobi Kedua


Hobi kedua pula aku gemar mencuba resepi puding roti
gmbar di atas tu time puding tu belom mengeras lagi...
Beberapa cubaan telah dibuat dan ini adalah cubaan yang ke-3 (rasenya la) dan cubaan ini berjaya mencuri selera ramai orang..
antara yang aku suka ialah bila rakan2 sejawat memuji dan menilai hasil pembelajaranku. Berguru dengan kak ayuni (thanks to her) memang satu kenangan yang indah =)
Positifnya, aku makin semangat untuk mencuba resepi baru yeahh!
Lepas ini nak cuba pelbagai resepi untuk mengasah bakat memasak.
I like cooking!~(+.+)~

Wednesday, June 1, 2011

:: Hadiah paling bermakna> Jazakallahu Khairan Kathira Ya Muallimah!::


16 May 2011

Tahun pertamaku bergelar pendidik dan menyambut Hari Guru...
tanggal 27 May lalu adalah sambutan Hari Guru sekolah ku..
Sesuatu yang inginku kongsikan....
Begitu indah dan teruja sekali perasaan apabila diserbu dgn peminat2 kecil memberikan hadiah yang tidak henti2...hehehe
Lucu di fikirkan semula apabila aku tidak dapat menyudahkan makan pagiku dikantin sekolah bila anak2 muridku menyerbu diriku untuk memberikan apa yg dihajati mereka...

Sungguh comel dan ikhlas anak2 ini menghulurkan hadiahnya kepadaku...
berbagai2 bentuk dan jenis hadiah yang aku dapat...
Yang seronoknya semua hadiah adalah barang keperluanku sebagai seorang guru Ahamdulillah..
Namun, semua itu tidak dapat menandingi penghargaan sebenar mereka kepadaku...Terima kasih anak2ku....=)

Antara hadiah yang paling aku suka kerana tulus menyampaikan mesej dari hatinya menggunakan apa yg ada.

Teringat lagi, salah seorang anakku yang sangat 'special' kerana kekurangan dan sakit yng dihadapinya, meluru dan menerpa kearahku yang ingin menuruni tangga sambil berkata , " muallimah, ana nak bagi hadiah esok(jmaat, 2 May) pada muallimah , tapi ana tak tahu nak bg ape..ana tgh fikir ni...!" aku terasa malu dgn org sekeliling yang mula mngambil perhatian trhadap dialog anakku itu... lantas aku menjawab, " takpe, anta fikir dlu esok kita jumpa ye..." itu saja yang mampu kuucapkan.. Dalam hati terasa sebak dan sayu dengan anak itu.. Terlintas juga dihatinya untuk memberikanku hadiah walaupon jasaku bukanlah setinggi mana untuk dihargai dengan pemberian hadiah...

Namun apa pun yang aku terima adalah satu peniup semangat untukku terus menabur bakti dan menjadi pendidik yang cemerlang sehingga aku berjaya sampai taraf 'Murabbi' ..Insya'Allah...


Untuk anak2ku yang aku sangat sayangi dan kasihi.....
Jazakallahu khairan Kathira kpd antum yang telah memberikan hadiah kpd muallimah.
Muallimah tidak harapkan hadiah yang beraneka warna dan bentuk...cukuplah dengan kejayaan antum dan doa kesejahteraan, kemurahan rezeki untuk muallimah agar mampu menjadi murabbi kepada generasi Al-Amin Insya Allah.....

::Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu::


Benarlah kata2 guru2ku dan para ilmuan, ukhuwah itu tunjang kpd semangat perjuangan Haq dan manisnya rasa ukhuwah bila hati2 bertaut rasa sayang dan cinta tempiasan daripada Cinta yg Haq, iaitu pencipta ukhuwah , cinta, sayang dan rindu.

Pengalamanku menjadi pendidik selama 5bulan ini sudah cukup melunturkan kekerasan hati yg selama ini agak jauh dr ukhuwah fillah. Benar, bila masuk ke kepompong "islamization" dan "education" terus neuron2 otak ku tersusun rapi bergegas untuk mengetok hati ini dan segera menyambut salam mesra warga kepompong ini yg sgt kaya dengan kemurahan senyuman dan sapaan.

Pelbagai program yg disusun membuatkan aku rasa bersemangat dan yakin akn kejayaan untuk mencapai objektif dan matlamat Al-Amin. Apa yang boleh dikongsikan antaranya ialah KEM Perdana 2011 pada 28 & 29 May 2001 yg lalu..

Kem Perdana ini umpama keluarga besar al-amin dimana hampir 300 org murid dan 40 lebih orang guru telah terlibat. Apa yg menariknya ingin ku sentuh ialah roh ukhuwah, Cinta, Sayang dan rindu sesama warga Al-Amin hidup dan sangat berkesan dihatiku selama program ini berjalan.


aku yg sangat gemar memerhatikan keadaan dan membuat penilaian dalamanku ini sangat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu dan pengalaman mendidik anak2 hebat di Al-Amin. Selama pemerhatianku ini aku tak putus2 ucap syukur kerana diberi peluang merasai roh ukhuwah dan cinta Allah dan Rasul ini hidup di Al-Amin.

Tanggungjawab dan amanah yg diberikan kpdaku begitu mencabar fizikal dan mentalku. Dalam kotak fikiranku mampukah aku menjaga amanah Allah dan menggalas tanggungjwb dan tugas dengan baik disisi Allah? Redha dan sentiasa bersyukur dgn apa yg diberi menenangkan jiwaku selama 2 hari program ini dijalankan.


Anak2 Al-Amin yang hebat ini sungguh mengembirakan hatiku. Walaupon kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku mengeluh panjang dan mengomel kesal, tetapi keberkesanan ilmu dan dididikan disekolah dan rumah mampu memagari diri mereka dri diuji Allah dgn perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah Al-Amin.

Dikalangan guru2 pula, aku sngat menggemari sikap mereka yg sungguh mengambil berat akan rakan2 sejawat yg lain, dari sudut pandanganku...mereka ini tidak ubah seperti sebuah keluarga besar yg mane setiap "position" memainkan peranan dengan baik. Ibu, ummi, kak long, k.ngah, kak.cik, adik dan sbb. bermain dibibir muallimah2 yang ikhlas mengutuhkan lg tali kekeluargaan dan kemesraan sesama mereka. Masih jelas dalam ingatan bila kami sama2 makan 'colet' buah buahan yang dibawa oleh muallimah Nik Faridah yang tidak dpt bersama team camp. Sedapnya hingga menjilat jari(sebagai salah satu sunnah Rasulullah S.A.W). Alangkah lazatnya hidangan ringkas dan bertambah sedap bila dijamu bersama2 dalam jemaah. MasyaAllah....

Ukhuwah itu berlaku sepanjang masa dan dimana2 sahaja.
Aku merasai kemanisan ukhuwah bila berada disamping insan yang sentiasa murah dengan senyuman dan teguran mesra. Indahnya berada disampingnya bila kita merasa selesa untuk berkongsi 'feeling' dan 'emotion'. Bunyinya macam aneh, tetapi ape yang aku cuba sampaikan ialah ada juga insan yang tulus mencintai saudaranya dengan baik dan ikhlas. Bila berada bersamanya sangat selesa dan sentiasa berbunga ceria dengan gurauan dan jenaka.


Sokongan ukhuwah ini dperkuatkan dengan keterlibatan aku dalam usrah sekolah ini yang diketuai oleh Mlmh Hamidah Kamai. Dianggotai oleh kesemuanya guru2 baru, aku merasakan jiwaku sentiasa terisi dengan ilmu, tarbiah, peringatan, perkongsian dan keseronokan ber'usrah'.
Setiap hari isnin diawal waktu sessi persekolahanku akan berlakunya pengisian ilmu dan perkongsian ukhuwah dan tarbiah. Lama-kelamaan hatiku semakin selesa dalam kepompong Al-Amin.

Kalau beginliah caranya aku mendapat pengalaman, ilmu dan Tarbiah lahiriah dan ruhaniah... tergamakkah aku untuk melangkah keluar dari kepompong ini suatu hari nanti...?

oh..indahnya Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu.....

Friday, January 14, 2011

Ape yang boleh dikongsikan?



Assalamualaikum kepada semua pembaca....
sudah lama diri ini mendiamkan diri dari menulis blog sendiri... ape yang aku boleh kongsikan?
sekarang ini aku telah pun bergelar pendidik anak2 kecil...rasa masih tak percaya dengan hakikat ini, tapi masa terus berlalu dan apa yg ada dihadapan mataku adalah suatu kenyataan yg perlu diterima...

Sebelum ini aku selalu menolak untuk menjadi guru... tak sanggup nak berdepan dengan karenah budak2 sekolah dan semua tugas guru...tetapi, memang rezeki sudah ditentukan untuk aku menjadi guru...ya! aku harus terima dan menjalankan amanah Allah dengan sebaiknya....
walaupun tugas mendidik bukanlah semudah yang disangka, tetapi aku harus menghadapinya juga!...

Minggu pertama jadi muallimah memang menduga kesabaran dan kecekalanku, baik fizikal dan mental...bukan mudah untuk menjadi pendidik yang menta'dib anak2 menjadi soleh wa musleh...Realiti sebenarnya dunia pendidikan berdepan dengan cabaran semasa...anak2 sekarang terdedah dgn dunia cyber dan masalah sosial sekeliling, media apatah lagi konflik rumahtangga ...justeru, efek daripada itu semua membentuk peribadi anak2 itu dengan sendirinya berdasarkan apa yang dilihat dan dirasainya...itulah cabaran sebenar pendidik untuk memperbetulkan semula peribadi mereka menjadi soleh wa musleh...



"anak2 ibarat kain putih yang bersih, ibubapa lah yang mencorakkannya menjadi warna2 kehidupan insan muttaqin, soleh wa musleh..."

andai ibubapa dirumah berjaya mencorakkan anak2 menjadi warna2 kehidupan soleh....itu adalah satu penghargaan bagi guru2 untuk mendidik anak2 mereka menjadi soleh wa musleh. Akan tetapi andai mereka gagal, guru2 akan menjadi terbeban dengan amanah dan tanggungjwab mereka menjadi payah membentuk anak2 seperti yang diharapkan.... pentingnya disini kerjasama antara ibu bapa untuk menjadi pendidik dirumah sementara guru menjadi pendidik disekolah. Adalah sukar bagi guru untuk mendidik setiap anak2 disekolah dengan sepenuh perhatian kerana bilangan anak2 murid disekolah terlalu ramai sementara masa mendidik adalah singkat. justeru itu, ibubapa adalah tunjang utama dalam kejayaan anak2 menjadi soleh wa musleh. Perlu ditekankan disini pendidikan ilmu utama dan syariah adalah sama penting dengan pendidikan rohaniah anak2. Jadi tiada alasan untuk menolak mana2 bentuk pendidikan kerana matlamatnya sudah jelas, iaitu untuk berjaya cemerlang dunia dan akhirat.


Insya 'Allah aku akan terus berkhidmat menjadi guru, kerana itu adalah tugas yang suci dan murni. Kadang2 keletah anak2 ini walaupon agak menyakitkan hati, tapi akhirnya akan membuatkan kita ketawa dan geli hati. Macam2 ragam anak2 ni di awal penggal pertama persekolahan. Dari situlah aku dapat pengalaman yang berharga - cara mengawal murid2 dalam kelas untuk sessi pembelajaran, cara memujuk anak2 yang homesickness, cara melontarkan suara dalam kelas, cara menjawab pertanyaan murid yang hyperactive dan sukar dikawal, cara menjalankan tugas2 lain sebagai guru dan banyak lagi.. hakikatnya, kepenatan itu adalah ujian untuk aku kuat semangat dan azam objektif sesuatu perkara tercapai.


Kini aku sedar, bagaimana rasanya berada di tempat guru2ku dahulu di sekolah...aku pasti dan dapat merasai beban dan riak muka guru2 ku dahulu adalah sama dengan riak mukaku sekarang...sungguh lucu, Allah itu maha adil...setiap sesuatu yang dia ciptakan ada hikmahnya... Dan pengalaman menjadi guru adalah hikmah yang paling2 berharga dalam hidupku.
Aku harapkan yang terbaik dan Allah sntiasa membantu serta memudahkan urusanku... Semoga setiap keputusanku adalah benar dan telus, mendapat rahmat dariNya..Amin.

Monday, November 1, 2010

:: Petua Mencuci Hati ::

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.

Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –

Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.

Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan

mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.

Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-

rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,

katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,

bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat

dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang

akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

oleh itu kawan2, meh la kite same2 menjage hati ini drpda noda2 hitam. jangan biarkan noda hitam semakin membesar dlm hati, wlupon ade tapi kite berusaha untuk buang sikit2 sampai bersih..insyAllah...

Wednesday, September 29, 2010

Berdebar menanti hari bahagia!!

Ya Allah, berdebar, rase takot, cuak, excited sme ada.. mane tak selama 4 tahun berhempas pulas, bersengkang mata mengaji ilmu Allah yang maha Luas, akhirnya aku akan dianugerahkan ijazah pertamaku....
Rase macam tak percaya plak kan, tapi inilah saat yang sme graduan nantikan.
kalau sebelum ini hanya mampu tengok senior2 berjalan megah dengan jubah konvokesyen serba hijau(wrna kegemaranku), aku hanya mampu meliur je kt hati ini, dengan azam satu hari nanti aku pasti dapat sarung jubah itu dengan megahnya..huhu...i dont believe it!..but now i realize it! it is not just a dream, but it is REAL!!
Kepada kawan seperjuanganku yang lain.... selamat ber-konvo aku ucapkan...same2 kite kecapi saat2 manis itu nanti 3 oct 2010.......
Untuk family, mak abah dan adik2...aku harap smenye akan hadir, kongsikan saat2 indah aku berjaya menggegam ijazah pertamaku dalam Usuluddin dan Perbandingan Agama.....
and last....... smiiillleee...alwayz..hehehe

Friday, September 17, 2010

Eid Mubarak !! ;)

Salam Syawal sy ucapkan setulus hati kepada semua muslimin dan muslimat, tertama keluarga saya; abah dan mak yang tersayang, adik2 saya, sahabat handai yang saya kasihi...
syawal yang menjelang adalah titik permulaan bagi sebuah kebahagiaan keluarga...
Ampun dan maaf saya hulurkan, semoga kemaafan adalah penyambung tali persaudaraan sesama insan...

Monday, August 9, 2010

Rindu Ramadhan semakin bertandang....

"Ya Allah....sampaikan lah usia ku untuk bertemu Ramadhan yg ku rindui "....
inilah bisikan hati aku setiap kali habis bulan Ramadhan...

Rasenye baru sudah Ramadhan yang lalu meninggalkan kita, pejam celik dah sampai pada Ramadhan tahun ini...
Gembiranya rase hati ini bukan main lagi....
Tengok sekeliling dah bertukar seri, seri untuk menyambut kedatangan bulan rahmat dari seribu bulan...
bulan keredhaan dan keampunan...bulan kecintaan dan penuh rase sayang Tuhan...
Ya Allah, syahdunye hati...rindunye tak tertahan lagi...nak bertemu Ramadhan yang diberkati...
makan nasi pun dah tak lalu lagi...aduhh...ini lah penangan bulan Ramadhan yang dirindui...
Orang selalu mengeluh bila Ramadhan nak datang lagi...
sebab kna kosongkan perut dan dosa dihati...
Kenapalah kita tak nak bersyukur atas rahmat ilahi...
bukan selalu pun wajib puasa berhari2...
insaflah kawan-kawan terutama diri ini....
Alangkah ruginye kalu kita terlepas nikmat dan rahmat bulan Ramadhan kali ini
Sedangkan kita tahu inilah masanye kita nk kumpul pahala dan cuci dosa hati...
perbanyakanlah amal ibadah dan zikrullah..
semoga trpelihara diri..
daripada kerosakan jasad dan juga hati...
juga untuk bekalan di akhirat nanti...

kalu kita tak buat bila lagi?.....

Renungan untuk kawan-kawan, terutama diri yang lemah ini....
Salam Ramadhan

Sunday, April 25, 2010

saya cintakan Rasulullah!!!....

Kawan yang saya sayangi,


Marilah kita hargai rasa rindu ini untuk merindui Kekasih Allah...ya, jarang sekali antara sahabat2 kita yang mendapat anugerah bertemu dengan Rasulullah Sallahualaihiwasallam apatah lagi bercakap dengannya...disini ada salah seorang sahabat kita yang sangat bertuah bertemu dengan Rasulullah Sallahualaihiwassallam diatas penderitaan ujian yang ditimpa pada sahabat kita ini. Sesungguhnya kuasa Allah Taala mengatasi segalanya, ambil lah pengajaran.wallahu'alam..


Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam
mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad
s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika
berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan
ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil
tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari
beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah
rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak
lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau
di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan
qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti
diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada
waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di
merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah
terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air
utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu
beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa
seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak
mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,
beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd
Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke
dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah
pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin
kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2
ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya
dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau.
Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau
tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau
rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. "
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara
merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau
masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh
badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu,
beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu
beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda
Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat
tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau
katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg
hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin
Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa'
ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan
Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2
sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah
Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada
masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan
terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk
dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat
Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang
diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup
berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah
pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi
taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup
mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak
je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah
mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para
sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah
Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda
mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali
lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah
menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku
yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat
mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)


(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman
benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum
ini..)


sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini
sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita
semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam.

sekian lama menyepi...

" kian..lame terpenjara mencari makna cinta..dalam ungkap kata bersulam dusta..." ewah..huhu..tp xde kna mengena pon dengan senikata ni..saje suka2...sebenarnya banyak perkara yg berlaku sejak akhir2 ini..
sejak sibuk untuk final exam last semester di UIA, saya langsung tak update blog ni...maklumlah, nak update blog bukan senang, kreativiti mesti ada kalau tak baik tak payah buat blog personal kan hehe..
namun kini alhamdulillah, saya punya masa yang amat banyak di rumah. masa berehat yang agak lame setelah 6tahun perah otak di university. saya sangat bersyukur kerana saya dilimpahi rahmat dan nikmat yang sangat banyak..macam2 pengalaman suka duka, pahit manis saya di sana. semuanya tinggal kenangan yang mula dirindui kini. walaupun belum sah berstatus "graduated" tp saya dah mula merasai suasana aneh di rumah, yelah mane tak kalu hari2 berulang-alik ke kelas pagi petang, malam pulak sibuk dengan meeting society dan diskusi, sekarang keliling saya bertukar suasana. hahaha..gelak tawa dan senda gurau kawan2 memang jadi daya tarikan saya untuk meleleh sebab mereka lah yang mewarna-warnikan hari2 saya sebagai pelajar, itu belum ditambah lagi dengan berbagai ragam lecturer sepanjang sessi kulliyah di UIA, daripada Matrik sampai ke main kampus, lecturer adalah ibu bapa kedua saya yang sangat saya hargai..terima kasih semuanya..;)
semoga ilmu dan pengalaman saya di university akan memudahkan saya untuk menempuhi alam kerjaya saya seterusnya..ameen ya rabb =)

Saturday, January 16, 2010

under construction..

salam..my blog is under construction..so sorry for any inconvenient..huhu

Saturday, December 12, 2009

:: rona-rona kehidupan ::

Rasa syukur ku panjatkan kepadaNYA, Al-Malik kepada sekian isi alam ini..yang meniupkan roh dan penyubur kepada hidupan...segala kesenangan dan kesusahan yg diterima adalah anugerah terindah dari-NYA, sebagai jambatan untuk ke lapangan destinasi impian(syurga) yang bersifat hakiki. Kesusahan bagiku adalah tarbiah untuk mendekatkan ruhku denganNYA..

bermula semester baru dan yang terakhir sebelum aku menamatkan pengajian adalah ujian paling getir bagiku, mana tidaknya..awal2 semester lagi aku dah dapat kesusahan yang bertimpa2...Tetapi bagiku, itu semua adalah tarbiah, aku percaya yang aku ni adalah manusia hebat sebagaimana yang lain...punya kehebatan disebalik kelemahan untuk keseimbangan ruhaniah dan jasmaniah sepertimana menghuni dalam setiap diri manusia..

siapa kata yang mengaji bidang agama selamat, tenang dan terjamin sepenuhnya???
orang mengaji bidang agama memikul tugas paling berat , tak kira siapa; lelaki atau wanita..serius...sangat2 berat...kita tahu kehidupan semakin hari corrupt dan banyak penindasan berlaku sana-sini, jika kita tidak mantap ilmu agama, iaitu ilmu yang paling asas; disini sy ingin tekankan bahawa sepatutnya semua muslim perlu master dalam bidang agama, kerana agama adalah tunjang dan pasak untuk seluruh kehidupan...
apa2pun, aku berharap kesetiaanku tetap dan kekal hanya pada yang satu...diberikan kekuatan dalam apa jua situasi mendatang..apa yang sedang dilalui adalah pelajaran dan pengalaman yang paling berharga....whats the point of living adalah focus paling utama....

so, cahayook..!...=)

Sunday, November 1, 2009

:: switch my mood!! ::













Which one is my real mood now.....???
so confius...ngeehe..

Tuesday, October 27, 2009

::postponed::


Kisah meow sy akan 'ditangguhkan' sehingga saya habis exam final sem ini...huhu..agak bz ngan aktiviti kampus ngn study performance... Wish Me All The Best!!!~~~ tired already~~~(+_~)~~~~~

Thursday, October 15, 2009

"sape sayang meow angkat tangan...!!!"



"sape sayang meow angkat tangan...!!!"

......................................................................................

Time cuti sekolah waktu yang paling syok..nak main kucing punye pasal…sanggup g kedai jauh2 semata-mata nak belikan makanan kucing dia..dahla mahal..harga sardine tin pon tak semahal harga sardine tin dia..heheehe..

Kami adik beradik (saya dan adik laki) sanggup bela kucing yang dia jumpa (kesian) tapi pengalaman kami memang agak payah la bela kucing ni…bukan semudah yang disangka..yang paling sukar sekali bab2 toiletries depa ni..memang menguji kesabaran betol lah…nak dijadikan cerita kami pernah pakaikan pampers adik kami..(hahaha) sebab mase tu tompok(our 1st cat generation) asyik buang air besar je tak kira wktu dan tempat…time tu dia sakit perut yang amat. Kami tak tahu nak wat cmane..takkan kami nak sapu minyak angin kot..habislah menggelupur dia kang..huhuhu

Jadi kami trpaksa berjaga-jaga je anytime dia tunjukan reaksi nak ‘melepas’, kitorang berkejar carikan tanah untuk dia..(hahaa…kelakar tol) sampai malam pon kitorang jaga dia gak..

Esok..bangun2 jew…alamak…….!!!!!!! Banyaknya khazanah tompok!...

Sedihnya, kami kena warning banyak kali ngan abah(dia tak suka kucing..dulu lah..sekrg dia plak yang menggila kucing..wahaha) sebb umah kami habis bau najis kucing…kami asyik sibuk buang najis kucing je..sampai nangis2 tau..(sebab pressure kna marah)

Bila tompok makin besar, dia dah tak wt banyak hal, tpi dia ni memang nakal dan lasak (nme pon kucing..) betul…dahla betina plak tu..dia banyak sangat wat aksi comel dan menggedik depan kami…alahai..rindu plak kat dia..

Ada satu mase tu dia buat cubaan berani tolong kitorang padamkan lilin sebab time tu dah da sambungan electric balik kat umah…fuh…terkejut beruk kami..usia dia dlm lingkungan setahun je time tu..tapi dia dah pandai membantu..hehehe..

kami cepat2 tengok kaki kanan dia takut melecur..

memang betul pun melecur cikit..!

tapi yang best tu dia leh wt bodo je..macam takder langsung rasa sakit..haha.(agaknya dia wat depan kami je kot, belakang mesti dia dah nangis tahan sakit…huhu)

tompok memang Hero!!!!

Tompok pernah kna ngorat depan2 kami tau..time tu kami tolong mak bersihkan laman rumah..kami pon tengok lah reaksi dia..waahh,..garang betol..habis lari semua jejaka macho tak jdi ngorat dia..hahaha

Kiranye tompok ni memang berjaya takluk jajahan dia(sekitar umah kami je pon) takder kucing mane yang berani masuk kawasan umah kami( territory dia) asal ada yang cuba nak masuk je msti lari balik sebb tompok jaga pintu pagar umah kami…wakaka !


......to be continued.....=)

……………………………………………………………………........................................................