Monday, July 6, 2009

::CERMIN DIRI::


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaik

10 PINTU SYAITAN ROSAKKAN MANUSIA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Syaitan adalah musuh yang nyata kepada umat Islam. Makhluk yang dilaknat oleh Allah SWT ini akan sedaya upaya berusaha untuk merosakkan anak-anak Adam agar terjerumus ke kancah dosa.Terdapat 10 pintu atau sikap manusia yang dapat dijadikan sebagai jalan masuk untuk merosakkan manusia.Semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripadanya dan berusaha untuk menutup pintu-pintu tersebut dari bersarang di hati kita.AMIN....

PINTU 1: MELALUI SIFAT SOMBONG & ANGKUH

Firman Allah SWT “Janganlah engkau memiringkan pipimu ke arah manusia kerana kesombongan dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan riang kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang suka berlenggang ketika berjalan kerana sombong dan bermegah-megah.”(Lukman : 18)

PINTU 2: MELALUI SIFAT KEDEKUT & BAKHIL
.

Firman Allah,“Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendak-Nya(menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian)” Al-Israk : 30)

PINTU 3: MELALUI SIFAT TAKBUR YG HADIR DLM DIRI SESEORANG

Firman Allah, “Sesungguhnya Dia tidak meyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl : 23)

PINTU 4: MELALUI SIFAT RIAK & SUKA DIPUJI.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tiga perkara yang membawa kecelakaan ialah orang yang kikir dan disegani, orang yang mengikut hawa nafsu, dan bangga dengan diri sendiri.”

PINTU 5: MELALUI HASAD DENGKI & IRI HATI TERHADAP ORG LAIN

Rasulullah bersabda, “Hindarilah kamu perbuatan hasad kerana dapat memakan amalan kebaikan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering.”

PINTU 6: MELALUI SIFAT YG SUKA MEMANDANG RENDAH & REMEH KPD ORG LAIN

Abu Umaimah pernah meriwayatkan, “Tiga orang yang tidak boleh dibina kecuali orang munafik ialah orang tua muslim, orang berilmu dan imam yang adil.”



PINTU 7: MELALUI SIFAT BANGGA DIRI & UJUB

Allah berfirman, “Janganlah engkau mengikut orang yang hatinya kami lalaikan (butakan daripada peringatan kami sdang dia mengikutn kemahuan bahawa nafsunya dan adalah perbuatan itu melebihi yang patut.” (Al-Kahfi : 28)

PINTU 8: MELALUI SIFAT SUKA BERSENANG-LENANG

Menurut Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Abu Naim daripada Muaz Bin Jabal, “Janganlah kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-lenang sahaja.”

PINTU 9: MELALUI SIFAT SUKA BERANGAN-ANGAN & PEMALAS

Sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang pekerja apabila ia berbuat sebaik-baiknya.” (Riwayat Ahmad)

PINTU 10: MELALUI SIFAT SUKA BERBURUK SANGKA

Rasulullah bersabda, “Nanti akan ada orang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudahrosak.Sebenarnya orang yang berkata itulah yang paling rosak.” (Riwayat Muslim)

Friday, July 3, 2009

::Nasihat LUQMAN kepada anaknya::


(1)Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama'(orang bijaksana) kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

(2)Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan sengkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

(3)Janganlah engkau tangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

(4)Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

(5)Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

(6)Tiga orang yang tidak dapat dikenali perangai sebenarnya melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

(7)Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

Thursday, July 2, 2009

Bulan 'Mulia'..(Rejab)


Bulan REJAB adalah bulan mulia sepertimana yang dimuliakan oleh Bangsa Arab dahulu. Banyak Fadhilat yang terkandung dlm bulan ni..sememangnya bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Syawal adalah 'famous' kerana rahmat yang melimpah ruah untuk kita yang bergelar umat nabi Muhammad S.A.W. Jadi perbanyakanlah amalan sunat, perbaiki niat dan tingkah laku kita kerana setiap perilaku akan dihisab di hadapan Allah Taala.
Antara Ibadah yang dianjurkan adalah:

1- Mengerjakan Puasa sunat Rejab.
Antara fadhilatnya, supaya melatih anggota badan kita untuk bersedia dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan berpuasa sunat Rejab tak kira berapa bilangan hari yang kita ambil untuk Puasa, Insy'ALLAH..keberkatan akan melimpah ruah daripada Allah Taala.

2-Melaksanakan Solat Sunat Rejab
Ia boleh dilakukan dengan Solat Sunat Awal Rejab, Malam ke 15,Malam 30 atau Solat sunat Rejab malam Jumaat.

3- Perbanyakan Beristighfar pada bulan Rejab.
Iastighfar ini harus diperbayakn sepanjang bulan mulia ini bagi meminta keampunan daripada Allah Taala.

4-Perbanyakanlah bersedekah kerana dengan bersedekah mampu menyucikan hati nurani daripada dosa yang menggunung..

Wednesday, July 1, 2009

Kenapa rela menunggu?

Masalah menganggur bukan lagi perkara baru. Masalah ni semakin berlarutan seiring dengan lambakan siswazah yang telah berjaya menamatkan pengajian, baik dari luar mahupun dalam negara, serta peningkatan jumlah pendatang asing yang datang bekerja di negara kita. Siapa yang salah dlm hal ni? kepada siapa harus dituding jari untuk meletakkan kesalahan agar siswazah2 yang menganggur terbela? ini bukan siapa salah siapa...kelemahan ekonomi dikalangan bangsa Melayu adalah faktor utama masalah susah cari kerja. manakan tidak, nak cari kerja yang makan gaji..bukan kita tak tahu yang kerja makan gaji belum mampu dapat menggaji pekerja yang ramai. masalah lain plak makan gaji mempunyai saingan yang amat tinggi. cubalah untuk kerja sendiri. sebagai contoh menjadi usahawan bumiputera. walaupun risiko tinggi tapi jaminan pendapatan yang tinggi juga tersedia...banyak peluang2 yang bagus untuk dterokai andai memilih untuk menjadi usahawan bumiputera muslim yang pasti berjaya. Usah lupa Rasulullah pernah berkata rezeki pendapatan adalah 9/10 pada perniagaan..Jadi apa tunggu lagi???? Keputusan dipihak kita semua..renung2kan...=)

Friday, June 19, 2009

Sayyid Abul Ala Maududi - Tafhim al-Qur'an - The Meaning of the Qur'an

Sayyid Abul Ala Maududi - Tafhim al-Qur'an - The Meaning of the Qur'an

Shared via AddThis

.:: Halal VS Haram::.



Ramai yang masih keliru dengan isu halal dan haram ni kat luar sana. Ada yang masih kelabu asap ape yang halal dan apa plak yang haram, tak kurang ada yang sekadar tersengih ala-ala kerang busuk tak laku, buat-buat tak tahu dan tak penah tahu ape lah yang sedang berlaku, "biarlah mereka dengan masalah mereka", senang cerita....

Tetapi masalah ini sebenarnya tak boleh dipandang remeh dan temeh, penularan macam-macm wabak dan virus juga berpunca daripada isu halal dan haram, bila mana manusia dah buta nak bezakan halal dan haram maka terjadilah fenomena yang semakin meruncing ni....

Halal dan Haram bukan pada makanan dan minuman sahaja, ini termasuk sekali sumber pendapatan kita seharian, kewangan dan perbankan syarikat, keuntungan perniagaan..lagi, amalan kita termasuk niat kita jugak..semua itu termasuk dalam bab halal dan haram...

Tanpa kita sedari (inilah masanya kita nak sedar), penyebab utama gejala sosial yang melanda pon disebabkan sumber pemakanan yang diambil tidak halal atau pun senang cerita syubhah (ragu-ragu).to sah lah salahkan anak-anak yang dah terlanjur berzina, merokok, yang merempit sampai patah sane patah sini, yang berjudi dan isap dadah dan macam2 lagi.Itu lah PETANDA KEMURKAAN ALLAH, tahu tak..bersedia lah menghadapi azab kalau kita tak bangkit cegah sebelum hari QIAMAT..

jadi, setakat mana kesedaran kita???? berapa ramai yang tampil untuk memberi kesedaran sesama kita?? alahai ciput je daripada berjuta-juta umat manusia yang ada ni...

Jadi, apa yang perlu kita buat??? senang je, cari la makanan yang halal, bersih, suci ,murni dan toyyibah! kat mane? di HPA industries sdn.Bhd dan beberapa syarikat bumiputera 100% muslim, tiada keraguan lagi..

ape lagi tunggu moh la kita pakat-pakat beli produk2 halal sambil menderma kepada yang memerlukan....

bagus la syarikat ni tubuhkan syarikat islam yang 100%..jauh dari riba dan permainan bisnez kotor..bagus sangat2 tau..nak tahu lebih lanjut layari la www.hpa.com.my (",)