Monday, July 20, 2009

:: Amender la nih? ::



cantik memang cantik, cumil pon ye gak, tapi kan apsal lah jd cmnih..boleh ke kita nak makan eh?..heeheheh...kreatif tp tak praktikal ..macam2 ragam manusia..kreatif tak bertempat..hanya yang lalu jer bleh telan huish!





Sunday, July 19, 2009

I love Cupcake!



Sukenyeee...!!!! ada teman yg baik hati hadiah kan cupcake special ntuk sy!...cantik kan..rasenye memang sedap..dah la chumil
hihihi....suka.suka.suka.suka!!!!
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Alhamdulillah..ada peluang nnti sy nak blajar wt sendiri...yaargh!

Saturday, July 18, 2009

:: Telur Dadar Special! ::


Hari ini sy nak kongsikan resepi ringkas tp menarik iaitu telur dadar special!
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Bahan2nye:
- Telur 3biji (ikut suka la)
- bawang besar (dihiris halus)
- sedikit Planta
- beberapa tangkai Cili api (dipotong kecil2)
- sedikit garam

Cara:
Pukul telur sampai kembang, kemudian masukan hirisan bawang besar beserta beberapa hirisan cili dan sedikit planta. Kemudian gaul bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Panaskan minyak(kalu nk guna minyak zaitun lagi bagus) dalam pan, tuangkan bahan2 tadi ke dalam pan. Pastikan masak serata kedua2 belah muka telur dadar. Akhir sekali boleh di hidangkan bersama sedikit salad sayur atau buah2an mengikut kreativiti anda. Hidangan ini memang lazat dmakan bersama nasi putih panas2..Selamat mencuba!!

:: Back To Campus Life::

Salam alaik..seminggu awl semester baru ni memang agak rileks. yela kelas pon ada yg mula dan ada yg xmula lagi..smenye pakat2 introduce subject ..coz rmai student yg masih add n drop subject lg..ape pun sy bersyukur sgt sb skrg ni dah masuh tahun akhir pengajian kat UIAM tercinta ni sedih gak rase, dah lme upnye menghuni di Gombak ni huhuhu..wlcamepon cabaran sedang menunggu untuk disahut..yaah! cekalkan hati dan bersedia sehabis mungkin aja!..naik kan pointer dan timba sebanyak mungkin ilmu..I LUV COMPARATIVE RELIGION!! =)

Tuesday, July 14, 2009

:: Anak manusia ke anak anjing??? ::

Ada teman alam maya forward email email menarik..Subhanallah....dah mcm anjing belaan plak..memang tujuan nye untuk memudahkan penjaga tapi sanggup ke biar anak kecil ditarik sane sini macam anjing????Nauzubillahi min zalik! ..renung2kan bersama.....







Monday, July 6, 2009

:: Creativity Electric Wire Art ::



Wah..macam2 kita leh wat kat wayar elektrik yang tak guna ini( tak tahulah kalo cilok yang leh guna..huhu tak baik ar)
Kreativiti manusia ini harus diingat smenya dari ALLAH TAALA..dia lah yang bg kita ilham untuk cipta sesuatu, jadi gunakanlah akal dan iman untuk create something new dan berguna okay..have fun!








:: Seronoknya Belajar "Comparative Religion"::

Salam Sejahtera kepada semua :-)
Semester 2 yang lalu adalah yang paling menyeronokan, mana tak nye saya boleh berjaya mencapai kejayaan yang saya harapakan dalam salah satu subjek bidang saya "comparative religion", iaitu-

::Christian Mission and Evangelization::

Saya memang bersemangat untuk belajar lebih mendalam tentang subjek ini. Dengan bimbingan Dr. Haslina Ibrahim yang saya amat kasihi, pembelajaran subjek ini amat menarik kesungguhan saya. Bermula dengan Christian Fundamental teaching sampai lah ajaran Paul yang nyata membuka mata saya tentang hakikat sebenar Agama Christian ini. Wah, maha suci Allah yang memberi ruang dan peluang untuk saya mengkaji makin dalam, mencari kelemahan dan hakikat sebenar disebalik sandiwara para pendusta agama Allah.

-Izinkan saya gelak dahulu(hahahaha)

Dalam masa pembelajaran saya sepanjang semester 2 yang lalu, banyak input dan perbandingan pendapat yang saya dapat kumpul. Kebanyakan sessi pembelajaran ini disaluti dengan kajian melalui sejarah peradaban Greek hingga masa kini. Dari situ saya mengetahui sejarah perkembangan Christian Dahulu dan Kini yang nyata banyak perbezaan dan Konflik..Nyata, sungguh jauh terpesong daripada ajaran Nabi Allah Isa a.s. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam ISLAM( DIN ALLAH, SELAMANYA)
Wallahu ‘alam.