Friday, January 14, 2011

Ape yang boleh dikongsikan?



Assalamualaikum kepada semua pembaca....
sudah lama diri ini mendiamkan diri dari menulis blog sendiri... ape yang aku boleh kongsikan?
sekarang ini aku telah pun bergelar pendidik anak2 kecil...rasa masih tak percaya dengan hakikat ini, tapi masa terus berlalu dan apa yg ada dihadapan mataku adalah suatu kenyataan yg perlu diterima...

Sebelum ini aku selalu menolak untuk menjadi guru... tak sanggup nak berdepan dengan karenah budak2 sekolah dan semua tugas guru...tetapi, memang rezeki sudah ditentukan untuk aku menjadi guru...ya! aku harus terima dan menjalankan amanah Allah dengan sebaiknya....
walaupun tugas mendidik bukanlah semudah yang disangka, tetapi aku harus menghadapinya juga!...

Minggu pertama jadi muallimah memang menduga kesabaran dan kecekalanku, baik fizikal dan mental...bukan mudah untuk menjadi pendidik yang menta'dib anak2 menjadi soleh wa musleh...Realiti sebenarnya dunia pendidikan berdepan dengan cabaran semasa...anak2 sekarang terdedah dgn dunia cyber dan masalah sosial sekeliling, media apatah lagi konflik rumahtangga ...justeru, efek daripada itu semua membentuk peribadi anak2 itu dengan sendirinya berdasarkan apa yang dilihat dan dirasainya...itulah cabaran sebenar pendidik untuk memperbetulkan semula peribadi mereka menjadi soleh wa musleh...



"anak2 ibarat kain putih yang bersih, ibubapa lah yang mencorakkannya menjadi warna2 kehidupan insan muttaqin, soleh wa musleh..."

andai ibubapa dirumah berjaya mencorakkan anak2 menjadi warna2 kehidupan soleh....itu adalah satu penghargaan bagi guru2 untuk mendidik anak2 mereka menjadi soleh wa musleh. Akan tetapi andai mereka gagal, guru2 akan menjadi terbeban dengan amanah dan tanggungjwab mereka menjadi payah membentuk anak2 seperti yang diharapkan.... pentingnya disini kerjasama antara ibu bapa untuk menjadi pendidik dirumah sementara guru menjadi pendidik disekolah. Adalah sukar bagi guru untuk mendidik setiap anak2 disekolah dengan sepenuh perhatian kerana bilangan anak2 murid disekolah terlalu ramai sementara masa mendidik adalah singkat. justeru itu, ibubapa adalah tunjang utama dalam kejayaan anak2 menjadi soleh wa musleh. Perlu ditekankan disini pendidikan ilmu utama dan syariah adalah sama penting dengan pendidikan rohaniah anak2. Jadi tiada alasan untuk menolak mana2 bentuk pendidikan kerana matlamatnya sudah jelas, iaitu untuk berjaya cemerlang dunia dan akhirat.


Insya 'Allah aku akan terus berkhidmat menjadi guru, kerana itu adalah tugas yang suci dan murni. Kadang2 keletah anak2 ini walaupon agak menyakitkan hati, tapi akhirnya akan membuatkan kita ketawa dan geli hati. Macam2 ragam anak2 ni di awal penggal pertama persekolahan. Dari situlah aku dapat pengalaman yang berharga - cara mengawal murid2 dalam kelas untuk sessi pembelajaran, cara memujuk anak2 yang homesickness, cara melontarkan suara dalam kelas, cara menjawab pertanyaan murid yang hyperactive dan sukar dikawal, cara menjalankan tugas2 lain sebagai guru dan banyak lagi.. hakikatnya, kepenatan itu adalah ujian untuk aku kuat semangat dan azam objektif sesuatu perkara tercapai.


Kini aku sedar, bagaimana rasanya berada di tempat guru2ku dahulu di sekolah...aku pasti dan dapat merasai beban dan riak muka guru2 ku dahulu adalah sama dengan riak mukaku sekarang...sungguh lucu, Allah itu maha adil...setiap sesuatu yang dia ciptakan ada hikmahnya... Dan pengalaman menjadi guru adalah hikmah yang paling2 berharga dalam hidupku.
Aku harapkan yang terbaik dan Allah sntiasa membantu serta memudahkan urusanku... Semoga setiap keputusanku adalah benar dan telus, mendapat rahmat dariNya..Amin.