Wednesday, June 1, 2011

::Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu::


Benarlah kata2 guru2ku dan para ilmuan, ukhuwah itu tunjang kpd semangat perjuangan Haq dan manisnya rasa ukhuwah bila hati2 bertaut rasa sayang dan cinta tempiasan daripada Cinta yg Haq, iaitu pencipta ukhuwah , cinta, sayang dan rindu.

Pengalamanku menjadi pendidik selama 5bulan ini sudah cukup melunturkan kekerasan hati yg selama ini agak jauh dr ukhuwah fillah. Benar, bila masuk ke kepompong "islamization" dan "education" terus neuron2 otak ku tersusun rapi bergegas untuk mengetok hati ini dan segera menyambut salam mesra warga kepompong ini yg sgt kaya dengan kemurahan senyuman dan sapaan.

Pelbagai program yg disusun membuatkan aku rasa bersemangat dan yakin akn kejayaan untuk mencapai objektif dan matlamat Al-Amin. Apa yang boleh dikongsikan antaranya ialah KEM Perdana 2011 pada 28 & 29 May 2001 yg lalu..

Kem Perdana ini umpama keluarga besar al-amin dimana hampir 300 org murid dan 40 lebih orang guru telah terlibat. Apa yg menariknya ingin ku sentuh ialah roh ukhuwah, Cinta, Sayang dan rindu sesama warga Al-Amin hidup dan sangat berkesan dihatiku selama program ini berjalan.


aku yg sangat gemar memerhatikan keadaan dan membuat penilaian dalamanku ini sangat bersyukur kerana diberi peluang menimba ilmu dan pengalaman mendidik anak2 hebat di Al-Amin. Selama pemerhatianku ini aku tak putus2 ucap syukur kerana diberi peluang merasai roh ukhuwah dan cinta Allah dan Rasul ini hidup di Al-Amin.

Tanggungjawab dan amanah yg diberikan kpdaku begitu mencabar fizikal dan mentalku. Dalam kotak fikiranku mampukah aku menjaga amanah Allah dan menggalas tanggungjwb dan tugas dengan baik disisi Allah? Redha dan sentiasa bersyukur dgn apa yg diberi menenangkan jiwaku selama 2 hari program ini dijalankan.


Anak2 Al-Amin yang hebat ini sungguh mengembirakan hatiku. Walaupon kadangkala kenakalan mereka membuatkan aku mengeluh panjang dan mengomel kesal, tetapi keberkesanan ilmu dan dididikan disekolah dan rumah mampu memagari diri mereka dri diuji Allah dgn perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah Al-Amin.

Dikalangan guru2 pula, aku sngat menggemari sikap mereka yg sungguh mengambil berat akan rakan2 sejawat yg lain, dari sudut pandanganku...mereka ini tidak ubah seperti sebuah keluarga besar yg mane setiap "position" memainkan peranan dengan baik. Ibu, ummi, kak long, k.ngah, kak.cik, adik dan sbb. bermain dibibir muallimah2 yang ikhlas mengutuhkan lg tali kekeluargaan dan kemesraan sesama mereka. Masih jelas dalam ingatan bila kami sama2 makan 'colet' buah buahan yang dibawa oleh muallimah Nik Faridah yang tidak dpt bersama team camp. Sedapnya hingga menjilat jari(sebagai salah satu sunnah Rasulullah S.A.W). Alangkah lazatnya hidangan ringkas dan bertambah sedap bila dijamu bersama2 dalam jemaah. MasyaAllah....

Ukhuwah itu berlaku sepanjang masa dan dimana2 sahaja.
Aku merasai kemanisan ukhuwah bila berada disamping insan yang sentiasa murah dengan senyuman dan teguran mesra. Indahnya berada disampingnya bila kita merasa selesa untuk berkongsi 'feeling' dan 'emotion'. Bunyinya macam aneh, tetapi ape yang aku cuba sampaikan ialah ada juga insan yang tulus mencintai saudaranya dengan baik dan ikhlas. Bila berada bersamanya sangat selesa dan sentiasa berbunga ceria dengan gurauan dan jenaka.


Sokongan ukhuwah ini dperkuatkan dengan keterlibatan aku dalam usrah sekolah ini yang diketuai oleh Mlmh Hamidah Kamai. Dianggotai oleh kesemuanya guru2 baru, aku merasakan jiwaku sentiasa terisi dengan ilmu, tarbiah, peringatan, perkongsian dan keseronokan ber'usrah'.
Setiap hari isnin diawal waktu sessi persekolahanku akan berlakunya pengisian ilmu dan perkongsian ukhuwah dan tarbiah. Lama-kelamaan hatiku semakin selesa dalam kepompong Al-Amin.

Kalau beginliah caranya aku mendapat pengalaman, ilmu dan Tarbiah lahiriah dan ruhaniah... tergamakkah aku untuk melangkah keluar dari kepompong ini suatu hari nanti...?

oh..indahnya Ukhuwah, Cinta, Sayang dan Rindu.....