Tuesday, October 13, 2009

::Bangga dengan Nik Nor Ermiza! ::


“Saya mahu bantu keluarga di kampung, ini saja harta yang saya ada untuk membalas jasa kedua ibu bapa.”

Itulah kata-kata graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Nik Nor Ermiza Rozana Mustafa, 27, selepas menerima Anugerah Khas, Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini semalam.

Dilahirkan cacat dan dalam kedaifan bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan. Namun itu tidak pernah melemahkan semangat Nik, anak seorang petani dari Kampung Gong Pak Mentosa, Besut, Terengganu.

Anak sulung enam beradik yang dilahirkan dengan Osteogenesis imperfecta (penyakit kerapuhan tulang) bersyukur usaha keras selama lima tahun akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang. Bercita-cita untuk menjadi Penasihat Undang-Undang suatu hari nanti, Nik kini memulakan program ijazah berkembar dalam bidang syariah sejak Julai lalu.

Rakannya yang turut menerima anugerah sama, Syarifah Mohamad Aminallah (masalah serebrum palsi) pula adalah anak peneroka Felda di Felda Jengka 19, Temerloh Pahang. Syarifah yang pernah menerima Anugerah Tan Sri Khir Johari atas kecemerlangan akademik kini bertugas di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Syukur insan seperti kami tidak pernah dipinggirkan di sini, malah UIAM sepatutnya dijadikan teladan sebagai antara institusi pengajian tinggi yang mesra OKU,”

Sementara itu Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan dianugerahkan kepada Mastura Mat Rosly (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) yang juga menerima Hadiah Presiden, manakala Anugerah Pelajaran Diraja diberikan kepada Norliyana Mazli (Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri) dan Rabiatul Adawiah Abd Rahman (Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang).

Ihsan dari: Berita Harian dan IIUM blogger.com

.........................................................................................................................................................................

> Kagum dengn sist ermiza, salu terserempak dia kat library..

>Lagi kagum dengan kawan dia yang sanggup jdi peneman dia ke mana je..bantu dia tuntun kerusi roda khas

>kurang senang dengan sikap sebahagian kita yang tak nak mudahkan golongan OKU, nak tolong pon serba salah....=(

>Library UIA kna tingkatkan kemudahan untuk golongan OKU, jd mereka tak lah rase terpinggir sebaliknya bangga untuk study same2 dengan kawan2 yang len....=)