Thursday, October 15, 2009

::sotong kering lebih merbahaya daripada merokok::

Ramai yang suka makan sotong kering kan..wat sambal sotong dan ada lagi sotong yg dh dikering yang ditabur gula tuhkan..amboi! terliur bila bayangkan sedapnya........! tapi tahukah kalian semua sebenarnya makan banyak sotong kering ni lebih bahaya daripada merokok dan mengakibatkan kanser!!!
.......................................................................................
..................................

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat. "Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. ........................................................................................................................................................................

> pehni tok sah la beli dah eh....jga kesihatan ni lagi penting...
> sotong oh sotong....uiks...jangan jadi sutun sudah!!!
>dah xminat sotong pon.....=)