Wednesday, June 1, 2011

:: Hadiah paling bermakna> Jazakallahu Khairan Kathira Ya Muallimah!::


16 May 2011

Tahun pertamaku bergelar pendidik dan menyambut Hari Guru...
tanggal 27 May lalu adalah sambutan Hari Guru sekolah ku..
Sesuatu yang inginku kongsikan....
Begitu indah dan teruja sekali perasaan apabila diserbu dgn peminat2 kecil memberikan hadiah yang tidak henti2...hehehe
Lucu di fikirkan semula apabila aku tidak dapat menyudahkan makan pagiku dikantin sekolah bila anak2 muridku menyerbu diriku untuk memberikan apa yg dihajati mereka...

Sungguh comel dan ikhlas anak2 ini menghulurkan hadiahnya kepadaku...
berbagai2 bentuk dan jenis hadiah yang aku dapat...
Yang seronoknya semua hadiah adalah barang keperluanku sebagai seorang guru Ahamdulillah..
Namun, semua itu tidak dapat menandingi penghargaan sebenar mereka kepadaku...Terima kasih anak2ku....=)

Antara hadiah yang paling aku suka kerana tulus menyampaikan mesej dari hatinya menggunakan apa yg ada.

Teringat lagi, salah seorang anakku yang sangat 'special' kerana kekurangan dan sakit yng dihadapinya, meluru dan menerpa kearahku yang ingin menuruni tangga sambil berkata , " muallimah, ana nak bagi hadiah esok(jmaat, 2 May) pada muallimah , tapi ana tak tahu nak bg ape..ana tgh fikir ni...!" aku terasa malu dgn org sekeliling yang mula mngambil perhatian trhadap dialog anakku itu... lantas aku menjawab, " takpe, anta fikir dlu esok kita jumpa ye..." itu saja yang mampu kuucapkan.. Dalam hati terasa sebak dan sayu dengan anak itu.. Terlintas juga dihatinya untuk memberikanku hadiah walaupon jasaku bukanlah setinggi mana untuk dihargai dengan pemberian hadiah...

Namun apa pun yang aku terima adalah satu peniup semangat untukku terus menabur bakti dan menjadi pendidik yang cemerlang sehingga aku berjaya sampai taraf 'Murabbi' ..Insya'Allah...


Untuk anak2ku yang aku sangat sayangi dan kasihi.....
Jazakallahu khairan Kathira kpd antum yang telah memberikan hadiah kpd muallimah.
Muallimah tidak harapkan hadiah yang beraneka warna dan bentuk...cukuplah dengan kejayaan antum dan doa kesejahteraan, kemurahan rezeki untuk muallimah agar mampu menjadi murabbi kepada generasi Al-Amin Insya Allah.....