Thursday, July 2, 2009

Bulan 'Mulia'..(Rejab)


Bulan REJAB adalah bulan mulia sepertimana yang dimuliakan oleh Bangsa Arab dahulu. Banyak Fadhilat yang terkandung dlm bulan ni..sememangnya bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan dan Syawal adalah 'famous' kerana rahmat yang melimpah ruah untuk kita yang bergelar umat nabi Muhammad S.A.W. Jadi perbanyakanlah amalan sunat, perbaiki niat dan tingkah laku kita kerana setiap perilaku akan dihisab di hadapan Allah Taala.
Antara Ibadah yang dianjurkan adalah:

1- Mengerjakan Puasa sunat Rejab.
Antara fadhilatnya, supaya melatih anggota badan kita untuk bersedia dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dengan berpuasa sunat Rejab tak kira berapa bilangan hari yang kita ambil untuk Puasa, Insy'ALLAH..keberkatan akan melimpah ruah daripada Allah Taala.

2-Melaksanakan Solat Sunat Rejab
Ia boleh dilakukan dengan Solat Sunat Awal Rejab, Malam ke 15,Malam 30 atau Solat sunat Rejab malam Jumaat.

3- Perbanyakan Beristighfar pada bulan Rejab.
Iastighfar ini harus diperbayakn sepanjang bulan mulia ini bagi meminta keampunan daripada Allah Taala.

4-Perbanyakanlah bersedekah kerana dengan bersedekah mampu menyucikan hati nurani daripada dosa yang menggunung..