Monday, July 6, 2009

:: Seronoknya Belajar "Comparative Religion"::

Salam Sejahtera kepada semua :-)
Semester 2 yang lalu adalah yang paling menyeronokan, mana tak nye saya boleh berjaya mencapai kejayaan yang saya harapakan dalam salah satu subjek bidang saya "comparative religion", iaitu-

::Christian Mission and Evangelization::

Saya memang bersemangat untuk belajar lebih mendalam tentang subjek ini. Dengan bimbingan Dr. Haslina Ibrahim yang saya amat kasihi, pembelajaran subjek ini amat menarik kesungguhan saya. Bermula dengan Christian Fundamental teaching sampai lah ajaran Paul yang nyata membuka mata saya tentang hakikat sebenar Agama Christian ini. Wah, maha suci Allah yang memberi ruang dan peluang untuk saya mengkaji makin dalam, mencari kelemahan dan hakikat sebenar disebalik sandiwara para pendusta agama Allah.

-Izinkan saya gelak dahulu(hahahaha)

Dalam masa pembelajaran saya sepanjang semester 2 yang lalu, banyak input dan perbandingan pendapat yang saya dapat kumpul. Kebanyakan sessi pembelajaran ini disaluti dengan kajian melalui sejarah peradaban Greek hingga masa kini. Dari situ saya mengetahui sejarah perkembangan Christian Dahulu dan Kini yang nyata banyak perbezaan dan Konflik..Nyata, sungguh jauh terpesong daripada ajaran Nabi Allah Isa a.s. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam ISLAM( DIN ALLAH, SELAMANYA)
Wallahu ‘alam.